Sunday, May 27, 2012

Berjimba jimba

Posted by the polaris at 10:59 AM 0 comments
Assalamualaikum.

semalam I keluar dengan mek, chuda and tini. mek baru dapat gaji and dia nak belanja makan. hoyeahh! mula-mula kitorang pergi Mid Valley je. Ya Allah. ramai gila manusia dekat sana. macam tak boleh bernafas. perut da lapar. so we decided to makan tengahari dekat pizza. Thanks mekha! lepas tu I nak cari novel Seindah Sakura. pergi MPH tak ada stock. lepastu pergi The Garden cari dekat Borders pon tak ada stock. *sigh* since Mid Valley ramai gila manusia, I pon ajak diorang pergi Time Square. diorang pon okay je.

sampai dekat KL Sentral mekha pergi cari kaunter yang jual tiket pergi Genting Highland. tak habis habis dia nak ajak I pergi sana. hahaha. I pon cakap ok la bulan 9 kita pergi. ahaks! lepastu kitorang menapak pergi monorail nak ke Time Square. nasib tak ramai orang. mekha dengan tini nak beli cool blog. mula mula beli cool blog lepastu cari belt I. belt saya da putus ok. putus di pinggang sendiri. hukhukhuk. da penat berjalan kitorang duduk lepak lepak dekat food court.

haa meh nak cerita. ada 2 drama dalam satu masa. ada sorang customer ni dia marah marah tukang masak kat food court tu. I pon tak tahu sebab apa. tapi nampak sangat marah ye. da la dia marah dalam bahasa dia. oo lupa nak beritahu customer tu Chinese. and tak jauh dari meja kitorang ada sepasang couple ni. gaduh I guess. sebab gf dia nangis and si bf duk memujuk. hahah. sekejap pegang muka gf dia sekejap pegang tangan gf dia. ALOLOLOLO. hahaha

here are some pictures of us :) ,







 

Tuesday, April 3, 2012

It is not just a dream :D

Posted by the polaris at 2:36 PM 0 comments
Assalamualaikum :)

tahu tak sangat penat bila da sampai depan pintu kelas then ada notis menyatakan hari ini tak ada kelas. semalam pon sama juga. tunggu setengah jam dalam kelas lepas tu ada orang inform tak ada kelas. Arghhhh!!! rasa nak jerit pon ada taw! niat dalam hati awal-awal memang da tak nak pergi kelas tapi buat buat rajin je. aleh aleh tak ada kelas. iskk T_______T

see the post title?

haaa. siapa suka berangan?tell me tell me! ehh rugi la siapa yang tak suka berangan tu. tahu tak berangan tuh sangat seronok. kadang kadang kita tahu benda tuh jauh dari mustahil untuk jadi kenyataan. tapi dengan berangan aja da boleh buat kita sangat happy. Hehe :) dan saya, Nurkhafizah binti A Latif sangat terkenal dengan sifat kuat berangan dalam kalangan keluarga mahupun rakan-rakan. see! nampak tak betapa saya ni suka berangan. *dancing*

tahu tak dari dulu sampai sekarang saya nak sangat sangat pergi PARIS dan merakamkan moment moment yang boleh disimpan di hadapan Eiffel Tower. kalau tak dapat honeymoon dekat sana, pergi holiday pon jadi la. tak kira la dengan family ke, sorang2 ke dengan kawan2 ke. yang pasti suatu hari yang indah akan ku jejakkan kaki di Paris. :D insyaAllah :D

lepastu sekarang ni nak sangat pergi buat Umrah. nak sangat bawa family pergi menunaikan ibadah Umrah. insyaAllah, kalau ada rezeki, sebelum bergelar isteri kepada sesiapa, saya akan bawa family kesana. tak pon, lepas kahwin, ajak suami pergi sekali. Hihihi ;) InsyaAllah :D

kalau dah kahwin nanti, end of the year nak bawak family and anak-anak (ehem!)  pergi jalan2. mula-mula nak jalan-jalan dalam Malaysia dulu. lepas da habis jelajah satu Malaysia, ayuh sayang! kita ke overseas!yeayy! tapi tak ada la guna duit saya sorang kan. duit gaji hubby nanti nak minta sikit. nak masuk dalam tabung 'holiday'! tapi nak pergi jalan-jalan bila anak-anak da besar sikit la. dalam darjah 3 ke. At least diorang boleh ingat mana diorang pergi. kalau pergi masa kecik-kecik da besar nanti diorang tak ingat pulak. ni semua perancangan taw. insyaAllah :D

nanti da kahwin, mesti busy. for sure la saya and hubby kerja. weekdays mesti jarang ada masa dengan anak-anak. ehh anak lagi. hihi. ok sambung. so tak nak la diorang rasa yang diorang ni kurang kasih sayang. tak pe tak pe. Hari Sabtu kita keluar jalan-jalan makan sedap-sedap! sebab weekdays saya akan masak punya sebab nak bawak bekal pergi kerja. jimat harus jimat taw \:D/ lagi satu tak nak bagi hubby makan air tangan orang lain setiap pagi. setiap pagi kena rasa air tangan saya dulu. kalau dia nak bawak bekal lagi bagus. jadi dari sekarang saya kena belajar masak sedap-sedap. biar hubby and anak-anak tak craving air tangan orang lain. hiks!

apa lagi ye?ehh da cukup la. tak kan nak share semua. memang jenuh la nk scroll down nanti. insyaAllah. saya akan berusaha untuk jadikan angan-angan saya ni satu kenyataan! satu realiti! It is not just a dream. Indeed, I called it as a mission! how about ya?

cheerios

Wednesday, March 28, 2012

At Last

Posted by the polaris at 8:47 PM 0 comments
Assalamualaikum,

I ingat nak update blog lepas meeting malam ni. Tapi update je la memandangkan I tak ada nak buat apa apa. life di politeknik and universiti are totatlly different! I really mean it! dekat poli jangan harap lah I nk involve apa apa aktiviti. sangat tak rajin. tapi dekat uni berbeza. I must join any activities in order to get credit hour for ko-k. It is a must or else I tak boleh konvo. -_-

Sem lepas I da janji dengan diri sendiri kalau I puas hati dengan my result, I nak beli something untuk diri sendiri.  memandangkan phone I da rosak, jadi I berniat nak beli hp baru. kalau tak rosak memang tak tukar la kan. puas I fikir fikir sebelum beli hp baru tu. banyak buat research pasal hp yang bakal dibeli. baca testimoni dari user. nak keluarkan duit yang banyak so kena bijak buat decision. HEHE

lepas da kira kira budget and makin tak boleh sabar dengan hp lama tu, maka I keluar juga pergi beli. dalam 2 minggu lepas kalau tak silap I. ehh nak tahu tak I beli hp ap?

mula mula nak beli ni,

* BOLD 3 *

mula mula I cakap dengan Eka I nak beli Bold 3. lepas tu I tunjuk dekat dia hp idaman I. lepastu dia hasut hasut I beli hp idaman I tu sebab kalau I tolak hp lama I harga hp idaman I tuh lebih kurang Bold 3. dan I pon termakan kata-kata Eka. 

* Bold 5 *
maka Bold 5 menjadi milikku. HEHE thank you Eka! I love it! sunshine sibuk suruh I beli hp macam dia. HAHA lepas I da beli hp ni baru I beritahu dia. konon konon nak buat surprised tapi tak jadi sebab dia da tahu dulu kat FB b'cos Mek ada post something dekat wall I. haihhh~ 

malam nanti lepas meeting I update lagi pasal hp baru I ni. da lambat!!!

daaa~
cheerios 


 

FiEza A Latif Template by Ohthemes Blogger Template | Free Backlink